Sunday 19 June 2011

terima kasih abah

firstly i want to say.

HAPPY FATHER DAY

to my beloved father, MOHAMMAD TABAIE @ MOHD ZAHID B. HASSAN dan seluruh bapa- bapa di luar sana.

terima kasih abah kerana membesarkan iewa sampai sekarang. segala jasa abah, penat lelah demi membesarkan anak2 abah dengan pelbagai kerenah.

abah,
terima kasih jugak abah kerana melayan dengan dengan penuh sabar.. cuba memenuhi setiap kemahuan anak2 abah selama ini.walaupun kadangkala permintaan anak2 abah itu sukar untuk di tunaikan, namun abah tetap berusaha untuk memenuhi.

abah,
terima kasih kerana memberi peluang iewa menjejakkan kaki ke alam universiti.terima kasih sudi lagi menjenguk anak abah ni walaupun perjalanan dr kampung ke sini memakan masa hampir 9 jam. iewa tidak tahu macam mana iewa nak berterima kasih kepada abah.pengorbanan abah terlalu besar.iewa sangat sayangkan abah even tidak pernah sekalipun ungkapan sayang iewa terluah di depan abah. tidak pernah sekalipun telinga abah mendengar ungkapan iewa sayang abah kan? namun jauh di sudut hati iewa, iewa nak ungkapkan IEWA SAYANG ABAH SANGAT2.

kasih sayang, jagaan dan pendidikan yang abah dah bagi akan selalu iewa ingati dan INSYAALLAH iewa akan gunakan..ingati sampai ke akhir hayat.

abah,
terima kasih kerana masih memberi pelang iewa meneruskan pelajaran sampai ke tahap ini walaupun duit beribu2 akan di habiskan demi iewa.abah,sungguh tidak terbalas, tidak teluah dengan kata2 melihat pengorbanan abah selama ini .iewa tahu abah nak melihat anak2 abah berjaya.iewa cuba sedaya upaya untuk buat yang tebaik. 

abah,
iewa sentiasa berdoa agar abah di kurniakan kesihatan yang lebih elok. jangan lupa abah untuk makan ubat ye abah..sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA. insyaALLAH.amin.

abah,
i love u so much. u are the best father i have.
I LUV U

No comments:

Post a Comment