Wednesday 19 October 2011

fantasi atau realiti

lewat malam sentiasa menjengah dalam hidup manusia yang berjaga untuk menyiapkan kerja2nya yang ada.tidak kira jam berputar hampir beberapa kali,kadangkala lewat jarum pendek sudah menunjukkan jam enam pagi khalayan itu masih lagi bermain2 di fikiran.entah kenapa dan bagaimana khayalan itu muncul sama ada di rancang atau memang untuk di fikirkan aku pun tidak pasti.cuma kadang2 ia muncul dan setiap kali itulah kerja2 aku akan terbengkalai. nak salahkan khalayan, rasanya memang salah diri sendiri kerana melayani khalayan itu.makin di fikirkan makin meleret. setiap khalayan yang muncul juga ada kebaikan dan juga kadangkala boleh mematangkan aku dari soal berfikir untuk masa depan. sambil berkhayal sambil merancang. tak salah berfantasi jika fantasi itu bererti dan memberi makna.untuk menjadikan fantasi jadi realiti. tak semudah di sangka fantasi memerlukan persembahan yang menarik bagi memperlihatkan realiti itu menyerlah..lantas setiap fanasi itu sebenarnya sangat indah namun boleh menyebabkan masa yang ada terbuang begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment