Tuesday 22 May 2012

Hari Peningkatan umur

Genap 24 tahun aku bernafas di bumi tuhan, mencari, melakukan aktiviti2 rutin harian. bagi sesetengah orang hari peningkatan umur di raikan dengan party2 besar menandakan hari peningkatan itu cukup2 bermakna. tapi bagi aku, menjangkau umur 20 an ini, hari istimewa ni hanya lah di rai di alam maya. tidur akibat keletihan. tiada yang isimewa. hanya menjalani tugas harian seperti biasa sebagai seorang perkerja di kawasan pembinaan. memasuki tapak projek, menyelesaikan tugas yang di berikan. namun, aku puas, puas menyiapkankan tugasan yang sudah pun terlewat 3 hari dek keran cuaca yang tidak mengizinkan aku melakukan kerja2 di tapak projek. dan di sini aku memanjatkan syukur pada Mu tuhan kerana masih di berikan ruang dan peluang untuk terus bernafas, masih di berikan peluang untuk terus memperbaiki hidup, memperbetulkan diri yang masih banyak kurangnya. hadiah? sungguh tidak mengharap daripada sesiapa, tapi ucapan yang di peroleh daripada mama tersayang itu cukup2 tersentuh. mama,terima kasih di atas segala pengorbanan selama ini. i luv u mama

special thank for you mama,
thank to my luvly sis, brother, and also to my luvly boyfriend.
my facebooker friend,
friend who wish thru phone (call/ sms)
and ALL

Thank you so much.im really appreciated it.

masa semakin suntuk

surat sudah di hantar tapi hati aku sebenarnya masih tertanya2 betul atau tidak tindakan yang aku sudah lakukan ini. Ya Allah tunjukkan lah kepada aku sesungguhnya aku sangat buntu. buntu untuk meneruskan atau membiarkan satu keputusan yang aku sendiri pun tidak pasti betul atau tidak telah aku lakukan. biarpun sudah banyak pihak sudah aku bertanyakan mengambil dan memikirkan dari sudut positif dan negatif, namun aku tetap macam ni.hari demi hari berlalu. masa sedikit pun tidak menunggu malah terus laju berputar. dan sekarang aku masih dalam di lema.

Thursday 10 May 2012

cerita ini

Seawal 7 pagi setiap hari, sudah menjadi rutin sekarang bagi aku sebagai seorang yang sudah pun layak meraikan hari pekerja, menyiapkan diri lantas memastikan sebelum jam 8 pagi kad kehadiran sudah di cop kan masa aku sampai office.Dan sekarang genaplah empat bulan satu hari aku menabur bakti untuk sama2 menaikkan KEN,sebuat syarikat yang gahnya kerana sudah mendapat beberapa award sebagai syarikat yang melakukan 'green building' untuk previous projectnya. tapi semakin hari semangat itu semakin pudar dek putaran masa yang berlalu pergi. bagi aku, untuk bekerja tanpa pengawasan tiada masalah tapi, biarlah kita di beritahu sedikit sebanyak tentang kerja yang patut dilakukan even semasa di interview, aku sudah pun menghighlightkan diriku adalah FRESH GRADUATE. Merasakan diri anak tirikan  dan menjadikan cerita2 kurang enak itu singgah di telinga tanpa di undang, aku kuatkan diri dan mengambil semua itu sebagai satu kenangan pertama di alam pekerjaan yg aku lalui.Pasti cerita2 ini akan terus segar di ingatan kerana kenangan indah bila di kenang di masa depan