Thursday 10 May 2012

cerita ini

Seawal 7 pagi setiap hari, sudah menjadi rutin sekarang bagi aku sebagai seorang yang sudah pun layak meraikan hari pekerja, menyiapkan diri lantas memastikan sebelum jam 8 pagi kad kehadiran sudah di cop kan masa aku sampai office.Dan sekarang genaplah empat bulan satu hari aku menabur bakti untuk sama2 menaikkan KEN,sebuat syarikat yang gahnya kerana sudah mendapat beberapa award sebagai syarikat yang melakukan 'green building' untuk previous projectnya. tapi semakin hari semangat itu semakin pudar dek putaran masa yang berlalu pergi. bagi aku, untuk bekerja tanpa pengawasan tiada masalah tapi, biarlah kita di beritahu sedikit sebanyak tentang kerja yang patut dilakukan even semasa di interview, aku sudah pun menghighlightkan diriku adalah FRESH GRADUATE. Merasakan diri anak tirikan  dan menjadikan cerita2 kurang enak itu singgah di telinga tanpa di undang, aku kuatkan diri dan mengambil semua itu sebagai satu kenangan pertama di alam pekerjaan yg aku lalui.Pasti cerita2 ini akan terus segar di ingatan kerana kenangan indah bila di kenang di masa depan

No comments:

Post a Comment