Wednesday, 30 January 2013

Setia Seorang Ayah

Harini perasaan sedikit tersentuh bila membaca satu status bergambar daripada facebook berkenaan pengorbanan dan kesetiaan seorang ayah.terkedu..sedih..sebak..terharu..dan semua2 perasaan datang time baca status tu.sedar tak sedar bila aku baca komen2 berkenaan gambar tersebut, air mata bergenang. teringat juga pengorbanan abah selama ini kepada iewa.

Abah, segala pengorbanan yang abah lakukan kerana iewa tak dapat terbalas semuanya. kerana sampai ke hari ini kenangan/ pengorbanan tu sering berlegar2 di fikiran. tanpa merasa letih melayan kerenah iewa hingga ke hari ini..terima kasih tak terhingga. akan iewa ingat hingga ke akhir hayat.

Abah, semenjak iewa terpisah dek kerana terpaksa duk Hostel kerana jarak rumah ke sekolah mengambil masa 1 jam perjalanan, abah tak pernah miss untuk hantar iewa setiap hari sabtu petang, walaupun sesibuk mana pun, abah tetap akan balik ke rumah jemput iewa untuk hantar ke sekolah. kadang2 iewa merajuk sebabnya abah lambat balik dan iewa pula takut kena denda bila masuk hostel lebih dari jam 6.Pergi berhantar dan balik berjemput. Banyaknya iewa susahkan abah :(. Maaf abah. 2 tahun keadaan seperti itu. pengorbanan abah yg tak membiarkan anaknya balik sorang diri ke hostel.

Melangkah ke alam Universiti pula, hal yg sama berlaku tapi pada mula2 je la :P. lepas tu kene pandai2 berdikari. tapi.. kesanggupan abah menghantar iewa ke kolej yg mengambil masa 8 jam perjalanan itu, drive seorang diri (sebab masa tu abah tak berani lepas lagi aku drive) then after hantar, then terus meneruskan perjalanan balik semula. tidur sekejap2 di dalam kereta bila mengantuk.. Arghh! Sorry abah. Jasamu iewa akan kenang. Dan terima kasih jugak kerana setiap kali bila abah datang ke KL atau area berdekatan atas urusan lain, abah tak lupa datang melawat iewa.Abah, terima kasih sangat.

Bila tibanya hari konvokesyen, abahlah yang paling bersemangat nak tengok anak nya ini mengengam segulung diploma dan ijazah. berkat doa dan sokongan Abah dan mama Alhamdulillah, iewa dapat mengembirakan dan membanggakan mereka dengan menghadiahkan pencapaian ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Dan untuk pengetahuan semua, iewa merupakan anak yang pertama yang membawa masuk mama dan abah ke dalam dewan konvokesyen.dan  lepas daripada itu kakak sulung then InsyaAllah tahun ni adik yang ketiga pula akan membanggakan abah dan mama. :)

kini umur dah mencecah 25 tahun, tapi abah masih setia. melakukan pengorbanan, membekalkan duit bila di perlukan (hehe), marah bila membuat silap, menegur bila ada sesuatu yg x kena berlaku..masih menjaga seperti budak2 yg tak tahu membuat kerja ( :P). terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..kerana menjaga iewa seperti ini dan mendidik iewa menjadi insan seperti sekarang. Doanya moga di beri kekuatan untuk abah mendekatkan diri kepada Nya dan sentiasa di bawah peliharaanNya. Amin.


p/s :   Jauh di lubuk hati juga berharap insan yg bakal menjadi  Imam
dapat menjaga  iewa seperti mana abah menjaga selama ini.


Setia ke hujung nyawa. i Luv u!

Tuesday, 29 January 2013

Tarikh Lahir dalam Islam

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan nak update blog neh walaupun kat opis tu xde keje sangat.Mood nak menaip panjang2 nie bukannya selalu datang kan. Al maklumlah bab2 berbahasa berpuitis ni aku memang la tak berapa suka sangat. tapi tak bermakna x suka terus oke. sikit2 tu ade la.:P

Berbalik pada tajuk entry ni, dari zaman aku study lagi aku berkeinginan jugak nak tahu tarikh lahir dalam Islam nie.dulu dah pernah search, dah Dapat tahu tapi tak ingat2 jugak. haha. Kali ni bia aku tulis ni sebagai entry di sini . senang nak ingat bile baca balik entry2 dalam blog ni kan.

Search punya search dapatla aku tahu bila aku di lahirkan dalam bulan islam ni. Aku di lahirkan kalau ikut kelendar kristian pada 15 May 1988 tahun Naga. bila di convertkan baru aku tahu sebenarnya aku di lahirkan pada bulan Ramadhan.hujung2 Ramadhan gitu :) 28 Ramadhan 1408

Angan2 nak cari date kawin nak ikut tarikh lahir dalam bulan Islam. tapi tak penah2 org kawin dalam bulan Ramadhan kan..adoii.. Cancel angan2!

So sape2 yg nak check jugak tarikh lahir anda dalam kelendar islam boleh klik link kat bawah ye :)


TARIKH LAHIR BULAN ISLAM



Friday, 25 January 2013

50-50

duk ralik makan tetibe safety ckp ade org nak ckp.kenekan aku cakap boss besar nak cakap.erkkk..tetibe? ape aku buat ea? tp tgk reaksi safety tu..memang sah ni nak kenekan aku! fon di pas kan lat aku..then dgr suara..
    
 "iewa u tau mane JC punya tempat ?"

  "i penah la pegi skali tu pon ingat2 lupe"

  "oke kalau mcm tu esok u ikot i kita pegi itu JC punya tmpt.

   "GLLUUUPPP!! "

Letak je fon aku duk pk nk cari alasan ape x mo pg skali.haishh..bkn x nk mnolong tp agak sdikit kerisauan rasanya..  
   

Friday, 18 January 2013

sumthing missing

what do u feel if sumthing belong to u missing when u really need it. oh!! for me dat i cnt b accept dat situation.sumpah tak bleh nnk terima weii!  but when im thingking back myb ia bukan rezeki aku kot. nak buat macam mana kan..kene redha  dan selalu beringat mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan tu kan..mmm..

Tuesday, 8 January 2013

hanya kerana kau..

Hanya kerana sehelai form habis kecoh satu HQ!
haha.dat not my fault.
sorry.

p/s : site punye org oke je x de masalah.tak tahu punca nape sampai jadi kecoh kat sana.
benda kecik pun x bleh nak handle ea?

Monday, 7 January 2013

Can u?

Lately i was thinking about kawin! ops!! mungkin rasanya bila umur da jejak ke angka sekarang ni memang tersangat layak dah nak membicara soal masa depan, rumah tangga dan sewaktu dengannya lah!  tengok la kawan2 iewa oii dah beranak pinak dah tu harr.ko pulak bila masa lagi nak merasa? jawapan standard sekarang "sape tak nak kawin.JODOH tak sampai lagi ni r".Giler ko aku tak nak kawin.tak sanggup nak jadi andartu woii.haha

Namun jauh di sudut hati terfikir kadang2 bila dah berkahwin tanggungjawab sedikit (lebih banyak kot :p) bertambah dan batas2 perlu di jaga supaya tidak mengguris hati husband.tapi...tak sanggup nak kawin pon ade.takut..gelisah sebabnya dahulu tanggungjawab lebih kepada mama ngan  abah.bila dah berdua tanggungjawab akan beralaih kepada husband and utk mama abah n family tidak dilupakan.

Tak sanggup nak mematangkan diri dan masih perasan dengan diri sendiri kadang2 berperangai macam budak2 even dengan staff2 dengan bos dan waktu2 meeting pon boleh tak amik serius.asyik nak main2 je memanjang.haha.nampak tak kat situ aku ni camne? kui3.

Bukan rasa tak bersedia, bukan rasa tak pecaya dan bukan rasa tak yakin cuma perasaan sedikit sangsi masih tercalit dalam hati.boleh ke org nak jaga aku nanti? boleh ke dia buat sepertimana mama n abah buat selama menjaga aku 25 tahun ni? boleh didik aku ke arah lebih baik?  Ya Allah bagilah aku petunjuk kejalanMu.


p/s :  dan da last 1, aku ni kuat merajuk!
kalau x pujuk  mmg x tegur la jawbnye :p
sanggup ker? haha

Friday, 4 January 2013

Shaw Plaza site office 2

Today is Saturday.
mood kerja cam biasa hilang

oke bai!

kadang2 kerja hari sabtu ni best!

shaw plaza site office 1

Harini punye keje.BIZI
BENGANG dgn consultant
kerana?
Mintak soft copy drawing x bagi2!
Geram woii!!

perjalanan 2013

tahun 2013 so bermakna sekarang umurku meningkat satu angka lagi but still awal 20-an lagi ( oke saya perasan :p ) tp mmg betul pun kan.muda giteww.aww.haha.macam tak pecaya pun ada dgn umur ni.iewa u should in reality world! haha.berangan tak habes2.

time skolah target paling lewat nak kawin umur 25.di sebabkan tahun ni umur dah mencecah ke angka tu..adakah patut cakap kat mama 'kalau ada sesiapa masuk meminang terima je la' agak2 ayat tu beserah sgt x? hehe..harap dan penuh berharap target tu sebelum akhir tahun ni tercapai la.doakan saya ye..

dah habes bab kawin ( bab wajib cakap oke.haha ) masuk bab nak kejar target lain pulak iaitu nak kejar gaji akhirat seimbang atau lebih dr gaji duniawi.moga di beri petuniuk dan hidayah.lagi? kalau bab duniawi nak naikkan gaji bia cecah 6k! amin2. nak hantar mama ngan abah pegi buat haji..nak itu nak ini.yg paling penting nak tetapkan nawaitu dlm melakukan apa saja keranaNYA dan di redhai olehNYA.

NEXT planning? ermm..sebenarnya banyak sgt impian.tak tertulis kalao sume nak cakap kat sini.apa yg boleh cakap moga dipermudahkan semuanya

Thursday, 3 January 2013

first of January

1 Jan kene keje oke.x dlm list staff2 kat site bercuti.
Agak geram tapi ok la jugak.melepak kat opis
drpd duknkat rumah oun x tahu nak buat aoe kan.. :p

nampak tak muke org yg kene keje on public holiday? 

Happy New Year 2013

Melangkah megah peralihan tahun dr 2012 - 2013.permulaan tahun yg bakal mengukir suka dan duka.cuma kita tidak tahu peratusan suka lebih tinggi ataupun kedukaan yg bakal di tempuhi meningkat.itu semua bakal di tempuhi.berdoa dan berharap tahun 2013 ini memberikan seribu kebahagiaan yg di impikan.moga semuanya termakbul.amin..