Wednesday 30 January 2013

Setia Seorang Ayah

Harini perasaan sedikit tersentuh bila membaca satu status bergambar daripada facebook berkenaan pengorbanan dan kesetiaan seorang ayah.terkedu..sedih..sebak..terharu..dan semua2 perasaan datang time baca status tu.sedar tak sedar bila aku baca komen2 berkenaan gambar tersebut, air mata bergenang. teringat juga pengorbanan abah selama ini kepada iewa.

Abah, segala pengorbanan yang abah lakukan kerana iewa tak dapat terbalas semuanya. kerana sampai ke hari ini kenangan/ pengorbanan tu sering berlegar2 di fikiran. tanpa merasa letih melayan kerenah iewa hingga ke hari ini..terima kasih tak terhingga. akan iewa ingat hingga ke akhir hayat.

Abah, semenjak iewa terpisah dek kerana terpaksa duk Hostel kerana jarak rumah ke sekolah mengambil masa 1 jam perjalanan, abah tak pernah miss untuk hantar iewa setiap hari sabtu petang, walaupun sesibuk mana pun, abah tetap akan balik ke rumah jemput iewa untuk hantar ke sekolah. kadang2 iewa merajuk sebabnya abah lambat balik dan iewa pula takut kena denda bila masuk hostel lebih dari jam 6.Pergi berhantar dan balik berjemput. Banyaknya iewa susahkan abah :(. Maaf abah. 2 tahun keadaan seperti itu. pengorbanan abah yg tak membiarkan anaknya balik sorang diri ke hostel.

Melangkah ke alam Universiti pula, hal yg sama berlaku tapi pada mula2 je la :P. lepas tu kene pandai2 berdikari. tapi.. kesanggupan abah menghantar iewa ke kolej yg mengambil masa 8 jam perjalanan itu, drive seorang diri (sebab masa tu abah tak berani lepas lagi aku drive) then after hantar, then terus meneruskan perjalanan balik semula. tidur sekejap2 di dalam kereta bila mengantuk.. Arghh! Sorry abah. Jasamu iewa akan kenang. Dan terima kasih jugak kerana setiap kali bila abah datang ke KL atau area berdekatan atas urusan lain, abah tak lupa datang melawat iewa.Abah, terima kasih sangat.

Bila tibanya hari konvokesyen, abahlah yang paling bersemangat nak tengok anak nya ini mengengam segulung diploma dan ijazah. berkat doa dan sokongan Abah dan mama Alhamdulillah, iewa dapat mengembirakan dan membanggakan mereka dengan menghadiahkan pencapaian ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Dan untuk pengetahuan semua, iewa merupakan anak yang pertama yang membawa masuk mama dan abah ke dalam dewan konvokesyen.dan  lepas daripada itu kakak sulung then InsyaAllah tahun ni adik yang ketiga pula akan membanggakan abah dan mama. :)

kini umur dah mencecah 25 tahun, tapi abah masih setia. melakukan pengorbanan, membekalkan duit bila di perlukan (hehe), marah bila membuat silap, menegur bila ada sesuatu yg x kena berlaku..masih menjaga seperti budak2 yg tak tahu membuat kerja ( :P). terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..kerana menjaga iewa seperti ini dan mendidik iewa menjadi insan seperti sekarang. Doanya moga di beri kekuatan untuk abah mendekatkan diri kepada Nya dan sentiasa di bawah peliharaanNya. Amin.


p/s :   Jauh di lubuk hati juga berharap insan yg bakal menjadi  Imam
dapat menjaga  iewa seperti mana abah menjaga selama ini.


Setia ke hujung nyawa. i Luv u!

No comments:

Post a Comment