Sunday, 7 October 2012

sabar mengatasi segalanya

tempat mana yg x pernah di landa badai.hubungan mana yg tak pernah bergelora.namun berkat kesabaran yg tinggi boleh mengatasi segalanya biarpun tahu saat tu hati terguris, hati jugak menagis.dan perlu jugak awak tahu hati ini sentiaa mengingati awak serta sentiasa berdoa moga perhubungan yang telah terjalin dengan airmata dan senyuman ini berakhir dengan ikatan yang sah.amin

i love you sayang

Friday, 5 October 2012

Back story 2

RAYA MOOD

2nd syawal


kami di bulan syawal :)

hari ke dua syawal tahun ni tidak seoerti tahun2 sebelumnya.meraikan di rumah mak(nenek) sebelah mama dan juga open house di situ.tiada lagi bakar satay di pagi hari, tiada lagi sanak saudara belah ayyh berkunjung.mungkin tahun ni mulut tidak ringan mengajak cuma siapa yg nak berkunjung di terima dgn hati yg terbuka. cewahhh..!

Di sebelah petang masa utk aku berkunjung ke rumah FIL #eh! haha.menolong ape yang patut mane la tau kan ade jodoh terus jadik rumah MIL.doa2kan la ye. :)

Back story 1

RAYA MOOD
1 syawal





sembilan bulan

lima haribulan sepuluh genap sembilan bulan aku di dunia perkerjaan dan juga di dua buah syarikat sudah aku menginap.dan sekarang masih berkira2 untuk menetap di sini ataupun berhijrah ke tempat baru lagi. bagiku berada di syarikat yang mungkin namanya gah pada kontraktor yg sudah lama berkecimpung di dunia pembinaan ini tapi perlu di ingat makin besar sesebuah syarikat itu pasti makin banyak tanggungjawab namun bagiku yg baru nak bertatih ni hanya tunjuk ajar drpd mereka2 yg berpengalaman adalah kunci bgku untuk mengetahui lebih mendalam selok beloh dunia yg aku ceburi sekarang. dan aku juga sedaya upaya membiasakan diri walaupun pada zahirnya aku tahu iewa yang dulu tidak sama dengan iewa yang sekarang.Org2 sekeliling yg mengajar dan secara tak langsung juga  memberiku praktikal secara tak langsung.malah aku sgt bersyukur di sebabkkn ini juga tawaran melimpah2 dtg cuma pendapat2 dr senior2lah yg kebanyakkan mempengaruhi keputusan ku.Syukur padaMu Ya Allah dgn apa yg telah di berikan.moga perjuangan dalam kerjaya ini terus sucess seperti apa yang di impikan.moga2 juga segala keinginan dapat di capai dgn hasil usaha sendiri.Amin


menggapai sesuatu yg tinggi bukkn semudah yg  di sangka
usaha dan terus berusaha  juga tawakal perlu beringinan
chaiyok2 iewa!! 

Tuesday, 22 May 2012

Hari Peningkatan umur

Genap 24 tahun aku bernafas di bumi tuhan, mencari, melakukan aktiviti2 rutin harian. bagi sesetengah orang hari peningkatan umur di raikan dengan party2 besar menandakan hari peningkatan itu cukup2 bermakna. tapi bagi aku, menjangkau umur 20 an ini, hari istimewa ni hanya lah di rai di alam maya. tidur akibat keletihan. tiada yang isimewa. hanya menjalani tugas harian seperti biasa sebagai seorang perkerja di kawasan pembinaan. memasuki tapak projek, menyelesaikan tugas yang di berikan. namun, aku puas, puas menyiapkankan tugasan yang sudah pun terlewat 3 hari dek keran cuaca yang tidak mengizinkan aku melakukan kerja2 di tapak projek. dan di sini aku memanjatkan syukur pada Mu tuhan kerana masih di berikan ruang dan peluang untuk terus bernafas, masih di berikan peluang untuk terus memperbaiki hidup, memperbetulkan diri yang masih banyak kurangnya. hadiah? sungguh tidak mengharap daripada sesiapa, tapi ucapan yang di peroleh daripada mama tersayang itu cukup2 tersentuh. mama,terima kasih di atas segala pengorbanan selama ini. i luv u mama

special thank for you mama,
thank to my luvly sis, brother, and also to my luvly boyfriend.
my facebooker friend,
friend who wish thru phone (call/ sms)
and ALL

Thank you so much.im really appreciated it.

masa semakin suntuk

surat sudah di hantar tapi hati aku sebenarnya masih tertanya2 betul atau tidak tindakan yang aku sudah lakukan ini. Ya Allah tunjukkan lah kepada aku sesungguhnya aku sangat buntu. buntu untuk meneruskan atau membiarkan satu keputusan yang aku sendiri pun tidak pasti betul atau tidak telah aku lakukan. biarpun sudah banyak pihak sudah aku bertanyakan mengambil dan memikirkan dari sudut positif dan negatif, namun aku tetap macam ni.hari demi hari berlalu. masa sedikit pun tidak menunggu malah terus laju berputar. dan sekarang aku masih dalam di lema.

Thursday, 10 May 2012

cerita ini

Seawal 7 pagi setiap hari, sudah menjadi rutin sekarang bagi aku sebagai seorang yang sudah pun layak meraikan hari pekerja, menyiapkan diri lantas memastikan sebelum jam 8 pagi kad kehadiran sudah di cop kan masa aku sampai office.Dan sekarang genaplah empat bulan satu hari aku menabur bakti untuk sama2 menaikkan KEN,sebuat syarikat yang gahnya kerana sudah mendapat beberapa award sebagai syarikat yang melakukan 'green building' untuk previous projectnya. tapi semakin hari semangat itu semakin pudar dek putaran masa yang berlalu pergi. bagi aku, untuk bekerja tanpa pengawasan tiada masalah tapi, biarlah kita di beritahu sedikit sebanyak tentang kerja yang patut dilakukan even semasa di interview, aku sudah pun menghighlightkan diriku adalah FRESH GRADUATE. Merasakan diri anak tirikan  dan menjadikan cerita2 kurang enak itu singgah di telinga tanpa di undang, aku kuatkan diri dan mengambil semua itu sebagai satu kenangan pertama di alam pekerjaan yg aku lalui.Pasti cerita2 ini akan terus segar di ingatan kerana kenangan indah bila di kenang di masa depan