Friday 30 November 2012

kenagan itu indah

cukup hari ni 6 bulan sudah aku berkhidmat utk company baru.dan aku juga bersyukur kerana di dampingi oleh staff2 yang amat sporting, yng berpengalaman dan jugak tak lokek utk tunjuk ajar.terima kasih tak terhingga di ucapkan.walaupon aku tahu ucapan terima kasih ini tidaklah seberapa tapi bagiku pengalaman dan kenangan itu tidak akan ku lupakan.setiap saat suka..setiap saat duka akan ku ingati.gelak tawa hampir setiap hari, ajaran dgn suara yg lantang sedikit sebanyak mengajar aku utk terus berusaha mencapai sambil mepelajari dengan lebih mendalam.kerana aku tahu setiap usaha yang kita lakukan akan sedikit sebanyak membuahlan hasih even kejayaan itu tidaklah setimpal dgn kerja yg di lakukan.terima kasih jugak kerana menceriakan hari2 ku selama berada di situ.terima kasih..terima kasih..terima kasih


Di tujukan kpd Mr Ong, Mala,Mr Phang, dan jugak terriorist2 kat situ Abg Sharul, Abg Khazri, Pravin,Abg Fairuz yg saban hari menyakat aku, menyakiti hati aku.thank you so much

End of November

ehhh! esok da masuk december.cepatnyaasa berlalu.lagi 31 hari akan melangkah ketahun baru.harapannya kita masih di beri peluang dan ruang utk hidup di bumi Allah ini dengan memperbaiki kesilapan dan berusaha mendekatkan diri padaNya.persoalan yang aku duga dan akan di tanyakan masih lagi berkenaan isu kawin.huh.kawin.kawin.kawin.sape tak nak kawin hoiii!  

k bai!

Sunday 7 October 2012

sabar mengatasi segalanya

tempat mana yg x pernah di landa badai.hubungan mana yg tak pernah bergelora.namun berkat kesabaran yg tinggi boleh mengatasi segalanya biarpun tahu saat tu hati terguris, hati jugak menagis.dan perlu jugak awak tahu hati ini sentiaa mengingati awak serta sentiasa berdoa moga perhubungan yang telah terjalin dengan airmata dan senyuman ini berakhir dengan ikatan yang sah.amin

i love you sayang

Friday 5 October 2012

Back story 2

RAYA MOOD

2nd syawal


kami di bulan syawal :)

hari ke dua syawal tahun ni tidak seoerti tahun2 sebelumnya.meraikan di rumah mak(nenek) sebelah mama dan juga open house di situ.tiada lagi bakar satay di pagi hari, tiada lagi sanak saudara belah ayyh berkunjung.mungkin tahun ni mulut tidak ringan mengajak cuma siapa yg nak berkunjung di terima dgn hati yg terbuka. cewahhh..!

Di sebelah petang masa utk aku berkunjung ke rumah FIL #eh! haha.menolong ape yang patut mane la tau kan ade jodoh terus jadik rumah MIL.doa2kan la ye. :)

Back story 1

RAYA MOOD
1 syawal





sembilan bulan

lima haribulan sepuluh genap sembilan bulan aku di dunia perkerjaan dan juga di dua buah syarikat sudah aku menginap.dan sekarang masih berkira2 untuk menetap di sini ataupun berhijrah ke tempat baru lagi. bagiku berada di syarikat yang mungkin namanya gah pada kontraktor yg sudah lama berkecimpung di dunia pembinaan ini tapi perlu di ingat makin besar sesebuah syarikat itu pasti makin banyak tanggungjawab namun bagiku yg baru nak bertatih ni hanya tunjuk ajar drpd mereka2 yg berpengalaman adalah kunci bgku untuk mengetahui lebih mendalam selok beloh dunia yg aku ceburi sekarang. dan aku juga sedaya upaya membiasakan diri walaupun pada zahirnya aku tahu iewa yang dulu tidak sama dengan iewa yang sekarang.Org2 sekeliling yg mengajar dan secara tak langsung juga  memberiku praktikal secara tak langsung.malah aku sgt bersyukur di sebabkkn ini juga tawaran melimpah2 dtg cuma pendapat2 dr senior2lah yg kebanyakkan mempengaruhi keputusan ku.Syukur padaMu Ya Allah dgn apa yg telah di berikan.moga perjuangan dalam kerjaya ini terus sucess seperti apa yang di impikan.moga2 juga segala keinginan dapat di capai dgn hasil usaha sendiri.Amin


menggapai sesuatu yg tinggi bukkn semudah yg  di sangka
usaha dan terus berusaha  juga tawakal perlu beringinan
chaiyok2 iewa!! 

Tuesday 22 May 2012

Hari Peningkatan umur

Genap 24 tahun aku bernafas di bumi tuhan, mencari, melakukan aktiviti2 rutin harian. bagi sesetengah orang hari peningkatan umur di raikan dengan party2 besar menandakan hari peningkatan itu cukup2 bermakna. tapi bagi aku, menjangkau umur 20 an ini, hari istimewa ni hanya lah di rai di alam maya. tidur akibat keletihan. tiada yang isimewa. hanya menjalani tugas harian seperti biasa sebagai seorang perkerja di kawasan pembinaan. memasuki tapak projek, menyelesaikan tugas yang di berikan. namun, aku puas, puas menyiapkankan tugasan yang sudah pun terlewat 3 hari dek keran cuaca yang tidak mengizinkan aku melakukan kerja2 di tapak projek. dan di sini aku memanjatkan syukur pada Mu tuhan kerana masih di berikan ruang dan peluang untuk terus bernafas, masih di berikan peluang untuk terus memperbaiki hidup, memperbetulkan diri yang masih banyak kurangnya. hadiah? sungguh tidak mengharap daripada sesiapa, tapi ucapan yang di peroleh daripada mama tersayang itu cukup2 tersentuh. mama,terima kasih di atas segala pengorbanan selama ini. i luv u mama

special thank for you mama,
thank to my luvly sis, brother, and also to my luvly boyfriend.
my facebooker friend,
friend who wish thru phone (call/ sms)
and ALL

Thank you so much.im really appreciated it.

masa semakin suntuk

surat sudah di hantar tapi hati aku sebenarnya masih tertanya2 betul atau tidak tindakan yang aku sudah lakukan ini. Ya Allah tunjukkan lah kepada aku sesungguhnya aku sangat buntu. buntu untuk meneruskan atau membiarkan satu keputusan yang aku sendiri pun tidak pasti betul atau tidak telah aku lakukan. biarpun sudah banyak pihak sudah aku bertanyakan mengambil dan memikirkan dari sudut positif dan negatif, namun aku tetap macam ni.hari demi hari berlalu. masa sedikit pun tidak menunggu malah terus laju berputar. dan sekarang aku masih dalam di lema.

Thursday 10 May 2012

cerita ini

Seawal 7 pagi setiap hari, sudah menjadi rutin sekarang bagi aku sebagai seorang yang sudah pun layak meraikan hari pekerja, menyiapkan diri lantas memastikan sebelum jam 8 pagi kad kehadiran sudah di cop kan masa aku sampai office.Dan sekarang genaplah empat bulan satu hari aku menabur bakti untuk sama2 menaikkan KEN,sebuat syarikat yang gahnya kerana sudah mendapat beberapa award sebagai syarikat yang melakukan 'green building' untuk previous projectnya. tapi semakin hari semangat itu semakin pudar dek putaran masa yang berlalu pergi. bagi aku, untuk bekerja tanpa pengawasan tiada masalah tapi, biarlah kita di beritahu sedikit sebanyak tentang kerja yang patut dilakukan even semasa di interview, aku sudah pun menghighlightkan diriku adalah FRESH GRADUATE. Merasakan diri anak tirikan  dan menjadikan cerita2 kurang enak itu singgah di telinga tanpa di undang, aku kuatkan diri dan mengambil semua itu sebagai satu kenangan pertama di alam pekerjaan yg aku lalui.Pasti cerita2 ini akan terus segar di ingatan kerana kenangan indah bila di kenang di masa depan

Monday 23 April 2012

19 march

Every years on 19 march i tried to be beside you even anything happen and this year, sharp 0000 Alhamdulillah i still at your side together with your friend. but sorry im not a first one who wish happy birthday. now here, im late to update my blog but still want to wish HAPPY BELATED BIRTHDAY sayang.



Always love you!



kenangan itu indah sebenarnya

almost 6 years ++ we are in relationship. but we dunno when the date will make us as husband and wife. depth in my heart, I pray and always do that and..hopefully this relationship ended with 'SAH' from 'wali dan saksi' amin..

Coretan 4

nak cakap pe?
aper?
mm..aku nak cakap ape sebenarnye nieyh?
ok..bai
next entry!

Sunday 11 March 2012

USS for second time! Part 1


tak tahu nak cakap ape.. sampai tak terkata nak di ceritakan di sini. memang  berbaloiii. SANGAT BESTT!








Rest Day

bagi aku, hari ahad merupakan hari yang di tunggu2 saban minggu setelah mengabdikan kerja dibawah bidang yg akupilih sekarang. manakan tidak, hati itulah yang akan memberikan tubuh kecil ini rehat secukupnya, qada tidur dan menjadikan tidur yang sempurna.hehe.tapi serius aku nak katakan disini hari inilah aku baru merasa betul2 menhargai waktu rehat dengan cuaca yang dingin di selang2 hujan renyai membolehkankan tidurku semakin lena.Aarghh..kalaulah masa dapat di putarkan kembali, pasti saat2 di kolej dlu akan di hargai sepenuhnya.

2 bulan ++

sedar tak sedar dah hampir 3 bulan aku di bumi shah alam.tapi sekarang sudahpun mengitung dan berkira2 untuk beralih ketem[at baru. namun tempat belum di tentukan dimana akan bertapak selapas ini.arghhhh..kusut memikirkan perihal ini. boleh di katakan hampir setiap masa jika tida masalah terbeban di kepala ku, ini lah yang sering ku pikirkan. bukannya tak suka di tempat sekarang, bukanya tak suka kerana position yang ditawarkan tapi..dek keran susah nak mendapatkan cuti,company yang besar lagi gah ini sudah mennyaji kan cerita2 enak utk di dengar. setakat aku mencurahkan khidmat aku disini sebangai QA/QC Engineer, sudah beberapa orang sudah membawa diri ketempat mungkin akan memberikan manafaat yang lebih kepada mereka. masakan mereka akan pergi jika disini cukup segalanya? itu tak kena, ini tak kena. dan sekarang perasaaan mereka sudah terbang ke arahku.InsyaAllah kalau di tawarkan lagi tempat yang elok akan ku angkutkan semua kenangan selama berad disini.

Tuesday 14 February 2012

Thank you!

'abg musa nani petang boleh tak hantar kat tren, mana2 tren pun tak apa'

'nak hantar kat tren mane ni'

'tren paling dekat dan paling senang'

'padang jawa boleh?'

'boleehhh sangat lah abg musa'

'thanks tak terhingga! (walaupon basah kuyupp) dek kerana hujan lebat..


p/s : jasamu di kenang abg musa :)

Usaha dan terus usaha!

tak boleh terlalu mengharap
tak nak terlalu di manjakan sehingga benda remeh pon kita tak tahu nak buat.
sekurang2nya kalau kita berusaha kita akan tahu susah payah nak menghadapi sesuatu..
dan dari situ jugalah kita tahu yang susah itu pasti akan bertukar menjadi senang jika kita sentiasa berusaha.

that YOU!

Itu aku dengar..
ni aku dengar..
tapi alhamdulillah aku bukan under kau

kelvin!

p/s : syukur tak terkata :)

Working moment

sedar tak sedar dah sbulan lebey aku kerja kan..
cari sessuap nasi tanpa nak harapkan duit mak ayahh..
huyooo...
rase cam tak caye pon ade :)

Tuesday 24 January 2012

lagi cuti

huh..mengeluh memanjang cuti2 yang penuh kebosanan.
ape nak di buat, mana hala tuju pun tak tahu. hilang hala tujuan seketika.
yang pasti, hala tuju cuti kali ini bukan di kampung tercinta, malah di kota yang penuh dengan kesesakkan.
arghh..serius aku bosan!


Monday 23 January 2012

off duty

4 days holiday, tapi rasanya ini first time kot tak dapat balik kampung. betapa sayunya hati hanya tuhan yang tahu.sedih sangat.tapi masalah yg di hadapi membuatkan aku bertahan disini, menghabiskan hari2 cuti di banda metropolitan.kepala asyik memikirkan masa akan dtg ni.apelah nasib disini :(

mama, i luv u. sebanyak manapun dugaan yang dtg menimpa insyaAllah iewa akan bantu mama

Sunday 15 January 2012

gudbye mat senyum

selepas interview demi interview, hati kadang2 dah mula give up. dah..terus membuat keputusan untuk menjenguk kedua org tua di kampung. di susunnya baju2 ke dalam beg dengan rapi agar semuanya muat dan padat dan juga berharap agar tiada lagi barang2 yang tertinggal.ye lah kan, balik ke kampung dan entah bila lagi akan naik ke kuala lumpur semula. tiket sudah di beli, cuma menunggu masa untuk berangkat.

masa :10.30pm

10 mlm sudah terpacak aku di hentian putra sambil di temani tersayang yang sentiasa berada disisi sehingga bas mula menyusul pergi dan aku juga berdoa agar dia sentiasa di lindungi olehNYA.

jaga diri baik2 ye sayang. nanti ada masa kita berjumpa lagi. gonna miss u :)

2012

mungkin tak terlambat lagi aku nak wish selamat tahun baru untuk kawan2 di luar sane even sekarang kelendar dah pun menunjukkan angkan 15..kesibukan urusan membataskan diri untuk mengupdate blog ini. 5 tahun dulu sebagai seorang student, hati melonjak2 bila hari sudah pun malam, bermakna malam ini jam 12 malam akan beralihnya tahun,hati teringin untuk meraikan bersama kawan2 sambil menyaksikan pecikan bunga api. tapi tahun ini tiada lagi perasaan itu walaupun abah mengajak untuk ronda2 di malam tahun baru. tapi aku lagi memilig untuk duduk di rumah, beronline dan bila mulut menguap beberapa kali, itu tandanya mata meminta untuk di tutup dan otak jugak memberi isyarat untuk berehat.


SELAMAT TAHUN BARU